Salah satu
masalah / cabaran yang dihadapi masa berpuasa di musim cuaca panas adalah tubuh badan
kita mengalami dehidrasi.
Jenis Dehidrasi
Megenali kategori dehidrasi badan
anda melalui 3 jenis Dehidrasi di bawah iaitu :
1.
Dehidrasi Ringan
Kehilangan cairan antara 2-5% dari
berat badan. Tanda dehidrasi ringan dengan adanya gejala mulut dan bibir kering,
denyut jantung menjadi meningkat, tekak kering, sakit kepala.
2.
Dehidrasi Serdehana
Kehilangan cairan sekitar 5% dari
berat badan. Tanda dehidrasi serdehana antara lain : mengantuk, pening, otot
badan menjadi lemah, mata kering, haus, air kencing yang sedikit, silau melihat
sinar, suhu tubuh meningkat.
3.
Dehidrasi Berat
Kehilangan cairan sekitar 8% dari
berat badan. Tanda dehidrasi berat antaranya ialah: air kencing berwarna kuning
gelap – jingga tua, hypotension, kekejangan otot, tubuh badan menjadi sangat
lemah, lidah menjadi bengkak, mata cekung, menggigil, penurunan fungsi ginjal,
kulit menjadi kering, rasa pitam.
Di sini,
saya kongsikan tips-tips untuk elakkan dehidrasi berlaku sepanjang bulan
Puasa walaupun berpuasa dalam musim panas ini.
1. Tetap 8 Gelas Air Setiap
Hari
Rata-rata, ramai buntu macam mana minum air sebanyak
8 gelas setiap hari di bulan puasa ini.
2. Makan Buah Dan Sayur Dengan Kandungan Air Yang Tinggi
Makan sayuran atau buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang tinggi
seperti: mentimun, brokoli, labu putih, apple, pear, strawberry, blueberry,
tembikai dan anggur.
3. Minum Air Kelapa
Air kelapa merupakan salah satu bahan alami yang sangat menyegarkan dan mampu
mengatasi dehidrasi.
4. Kurangkan Kadar Latihan Kardio Yang Berat
Di bulan puasa sangat digalakkan untuk beraktif
sukan. Namun, tubuh badan kita mungkin tidak mampu melakukan sukan atau
aktiviti yang berat dan intensif seperti di bulan lain. Jika ingin melakukan
latihan kardio, kurangkan intensifnya atau kadar latihan kardio ikut kemampuan
diri kita masa bulan puasa.
5. Hindari Kafein Dan
Minuman Bersoda
Seboleh-bolehnya elak minuman/makanan yang
mengandung kafein terutama masa sahur. Kafein mempunyai kemampuan untuk
menghilangkan kelembaban dan kandungan air dalam tubuh badan kita. Jika anda
ingin menikmati minuman yang “hangat”, boleh cuba pilih teh hijau, teh
chamomile atau Cinch Tea Mix. Hindari juga minuman bersoda yang boleh
membuat perut kita terasa senak.
6. Ambil Minuman Isotonik
Minuman Isotonik mengandungi elektrolit yang
mampu menyalurkan lebih banyak tenaga dalam tubuh badan kita dan
juga membantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal
paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.
Pengambilan Performance Drinks dalam set Mighty 3 Gem sepajang
bulan puasa sangat membantu mengurangkan masalah dehidrasi.
7. Mengunakan Lotion Atau Pelembap Kulit
Sapu lotion atau pelembap kulit pada kulit badan
kita yang kering dan mengalami dehidrasi untuk meggelakkan keradangan pada kulit.
****************************************************************************
Sylvia Yong | ID: 591956| Call/SMS/Whatsapp 014-3559395
Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Sylvia Yong
No comments:
Post a Comment