Showing posts with label Aktiviti Famili & Santai. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Famili & Santai. Show all posts

Cowboy Town Tuaran Tempat Rekreasi Seisi Keluarga Part 2 - (Taman Bakau)

hai.. hai.. hai...Saya kembali dengan menceritakan Taman Bakau yang terdapat dalam Cowboy Towm Tuaran.

Taman Bakau ini terletak dalam kawasan Cowboy Town @ Sabandar Leisure Rides (bahagian belakang).

Taman ini sangat bersih dan terjaga alam semulajadinya

Udara segar dan sunyi dari kebisingan kota sangat sesuai untuk kita release tension setelah penat bekerja seminggu. Bila lepak di sini minum-minum kopi, dapat juga menghiburkan anak-anak sambil mencari idea untuk bisnes.. hehehehe

Masa kami pergi hari tu, ramai bos-bos bisnes korporat makan di restoran ni. Mungkin lokasinya yang tenang senang berbincang bisnes kan 

Dalam Taman Bakau ni ada Bamboo Restaurant yang menghidangkan makanan tradisional sabah mcm hinava, tuhau, kuih muih tradisional dan byk lagi.. Jangan risau, restoran ini restoran halal.

Yang best restoran ni, semua meja, bangku, dinding tandas, lantai restoran & macam-macam diperbuah daripada bambu. Sangat kreative dan menarik.

Ada juga port baru di KK untuk seisi keluarga lepak

Free Entrance. Tiada sebarang bayaran dikenakan
Cuba makan minum tu kena la bayar
Terdapat jambatan kayu / papan sepanjang Taman Bakau ni
Pokok Bakau masih dijaga rapi tanpa merosakkannya untuk membina jambatan

Unik pula bila pokok bakau atas jambatan

Dalam Taman Bakau, ada gerai-gerai menjual kraftangan dan juga makanan ringan & minuman

Ada gerai menyediakan mewarna kain batik yang pelbagai corak.
Satu corak frame tu RM10 dan boleh bawa balik lepas siap diwarna.

semua gerai dan restoran sini diperbuat dari bambu. 

Hutan Paya Bakau yang masih ada biawak dan habitat lain di dalamnya..
yang penting tiada buaya.. hehehe

Bubu ikan dijadikan perhiasan lampu. Sangat kreatif dan lawa.

Sabandar Bamboo Restaurant


Yang ni berani pula tunggang... kuda hidup tidak berani.. hahaha

Antara patung yang terdapat di luar kawasan Bamboo Restaurant

Sekian perkongsian saya malam ni. Semoga sedikit info ini dapat memberi maklumat kepada anda tentang Sabandar Leisure Rides; salah satu tempat rekreasi seisi keluarga.

Untuk anda yang belum baca Part 1, boleh baca ini Cowboy Town Tuaran Tempat Rekreasi Seisi Keluarga


Coretan dari Sylvia Yong


Cowboy Town Tuaran Tempat Rekreasi Seisi Keluarga

Biasanya kalau ada free time terutama hujung minggu, kami sekeluarga suka jalan-jalan ke tempat-tempat rekreasi yang berdekatan dengan Kota Kinabalu. Biasanya jalan tanpa planning.. hehehe

Bulan lepas tanpa rancang, kami sekeluarga terjejakkkk ke Cowboy Town Tuaran.

Cowboy Town atau dikenali juga sebagai Sabandar Leisure Rides terletak di Daerah Tuaran; lebih kurang 30 minits perjalanan memandu kereta dari Bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini macam pekan cowboy Texax yang masa kecil-kecil tengok dalam TV.

Kami bertolak dari rumah (Penampang) jam 12.40pm dan tiba di Cowboy Town jam 1.30pm. 
CowBoy Town Here We Come!!! Mata tidak dapat buka besar sebab matahari terik. hehehe

Semasa dalam perjalanan, anak-anak excited kunun mau rides horse / menunggang kuda. Sekalinya bila melihat kuda-kuda banyak bersusun dalam kandang, kecut pula si kawan mau tunggang.. hehehe

Kemasukkan Percuma dalam Cowboy Town ni. Hanya perlu bayar untuk menunggang kuda saja. Terdapat 2 sesi Horse Riding yang akan ditemani orang-orang profesional.


Sesi Cowboy Town Sabandar Leisure Rides Horse riding adalah seperti berikut :

1) 7am to 11am
2) 2pm to 6pm

Harga RM15 / 2 Round


Untuk Booking boleh call Hotline ini : 019-861 1160
Tempat Menunggang Kuda (Horse Riding)


Dalam Cowboy Town ini terdapat 2 baris kandang kuda dan setiap kandang kuda ada namanya sendiri.. lawa-lawa nama kuda-kuda ni tau :)
Setiap kandang ada seekor kuda dan setiap tu ada nama. 

Lawa kan nama-nama kuda di sini :)


Kita boleh lawat setiap kuda dalam kandang tu dan beri makan rumput dengan kuda-kuda yang ada. Ada jual rumput di tepi kandang kuda; seikat rumput rm2.

Anak-anak suka bagi makan rumput dengan kuda-kuda ni tapi ketakutan pula bila tengok mulut dan gigi kuda masa kuda kunyah rumput.. hahahaha


Bagi kuda makan rumput yang berharga RM2 seikat.. hahaha

Control senyum walaupun dalam ketakutan tengok gigi kuda yang besar.. heheheh


Dalam Cowboy Town ada kedai Cenderahati dan menjual makanan & minuman ringan. Sesuai la untuk beli sambil melepak. Di sini ada juga restoran tetapi masa kami pergi tu belum beroperasi lagi; masih renovate.

Selain kuda-kuda yang sado, ada beberapa kereta kuda diletak depan bangunan. Kereta kuda ini macam selalu kita tengok dalam TV cerita orang putih yang kaya raya zaman dulu-dulu; macam puteri & putera naik kereta kuda... Cantik!!



Cantik ni kalau bergambar Wedding Photo di sini

Kereta Kuda Antik (nampak belakang tu - Pee & Poo? itu adalah tandas awam.. hehe)
Signboard Tandas Lelaki



Coretan : Sylvia Yong
Terdapat juga kereta-kereta antik di sini


Selain terdapat Cowboy Town di dalam Sabandar Leisure Rides ini, terdapat juga Taman Bakau yang dijaga dengan rapi dan cantik. Di dalam Taman Bakau ada Bamboo Restaurant yang serve makan tradisi Sabah dan juga menu biasa.



SignBoard yang terdapat di simpang masuk Sabandar Leisure Rides


Nanti kita sambung cerita pasal Taman Bakau ya. 

Stay Tune tau.



Coretan dari Sylvia Yong




Percubaan Pertama Mendaki Bukit Padang - Trail No.2

Selama ni teringin mau mendaki mana-mana bukit bila lihat kawan-kawan post di facebook tapi rasa tidak yakin pula dengan kemampuan diri sendiri😄

tetiba hari minggu lalu datang mood mo pergi hiking di Bukit Padang bersama anak-anak.

Di Bukit Padang terdapat 6 jenis Trails atau laluan untuk sampai ke puncak bukit dan kami telah memilih trail yang agak mudah antara kesemua trails sebab first timer kan.. lagipun bawa budak-budak... hehehe

Berbekalkan minuman isotonik yg berkhasiat dan sehelai tuala, kami mulakan pendakian pada 4pm. Trail No. 2 yang jaraknya 1.25km untuk sampai ke puncak mengambil masa 35minit.


Keadaan bukit tidak begitu curam tetapi sampai satu tempat tu, kena naik anak tangga yang banyak yang menggunakan tenaga dan bahagian lutut yang banyak.

Pernah terlintaa dalam pikiran untuk tamatkan pendakian dan patah balik tapi anak-anak pula bersemangat mau teruskan pendakian. Mau tidak mau terpaksa teruskan pendakian sebab tidak mau keciwakan anak-anak (sebenarnya malu dengan anak).. huhuhu

Setiba di puncak, angin sepoi-sepoi bagai menyambut kedatangan kami.. chewahhh.. hahahaha..

Permandangan dari puncak nampak sekitar kawasan Kolombong, Penampang dan juga Kota Kinabalu. Sangat cantik😍

Bak kata orang "the view from the top is far better than view from the bottom"

Sempat lagi sepasang suami isteri tolong kami ambil family photo di atas bukit sebagai kenang-kenangan.

Yeay!!! Akhirnya kami sampai ke Puncak juga.
Next time mau cuba Trails yang lain pula.