Showing posts with label Coretan Saya. Show all posts
Showing posts with label Coretan Saya. Show all posts

Cowboy Town Tuaran Tempat Rekreasi Seisi Keluarga Part 2 - (Taman Bakau)

hai.. hai.. hai...Saya kembali dengan menceritakan Taman Bakau yang terdapat dalam Cowboy Towm Tuaran.

Taman Bakau ini terletak dalam kawasan Cowboy Town @ Sabandar Leisure Rides (bahagian belakang).

Taman ini sangat bersih dan terjaga alam semulajadinya

Udara segar dan sunyi dari kebisingan kota sangat sesuai untuk kita release tension setelah penat bekerja seminggu. Bila lepak di sini minum-minum kopi, dapat juga menghiburkan anak-anak sambil mencari idea untuk bisnes.. hehehehe

Masa kami pergi hari tu, ramai bos-bos bisnes korporat makan di restoran ni. Mungkin lokasinya yang tenang senang berbincang bisnes kan 

Dalam Taman Bakau ni ada Bamboo Restaurant yang menghidangkan makanan tradisional sabah mcm hinava, tuhau, kuih muih tradisional dan byk lagi.. Jangan risau, restoran ini restoran halal.

Yang best restoran ni, semua meja, bangku, dinding tandas, lantai restoran & macam-macam diperbuah daripada bambu. Sangat kreative dan menarik.

Ada juga port baru di KK untuk seisi keluarga lepak

Free Entrance. Tiada sebarang bayaran dikenakan
Cuba makan minum tu kena la bayar
Terdapat jambatan kayu / papan sepanjang Taman Bakau ni
Pokok Bakau masih dijaga rapi tanpa merosakkannya untuk membina jambatan

Unik pula bila pokok bakau atas jambatan

Dalam Taman Bakau, ada gerai-gerai menjual kraftangan dan juga makanan ringan & minuman

Ada gerai menyediakan mewarna kain batik yang pelbagai corak.
Satu corak frame tu RM10 dan boleh bawa balik lepas siap diwarna.

semua gerai dan restoran sini diperbuat dari bambu. 

Hutan Paya Bakau yang masih ada biawak dan habitat lain di dalamnya..
yang penting tiada buaya.. hehehe

Bubu ikan dijadikan perhiasan lampu. Sangat kreatif dan lawa.

Sabandar Bamboo Restaurant


Yang ni berani pula tunggang... kuda hidup tidak berani.. hahaha

Antara patung yang terdapat di luar kawasan Bamboo Restaurant

Sekian perkongsian saya malam ni. Semoga sedikit info ini dapat memberi maklumat kepada anda tentang Sabandar Leisure Rides; salah satu tempat rekreasi seisi keluarga.

Untuk anda yang belum baca Part 1, boleh baca ini Cowboy Town Tuaran Tempat Rekreasi Seisi Keluarga


Coretan dari Sylvia Yong


Impian 2017 Saya ~ Bercuti-cuti Di Singapura Bersama Keluarga

SINGAPURA!!! Here we comeeeee!!!

Terbayang dah riak wajah anak-anak yang happy go lucky bila menjejakkan kaki d Changi Airport pada DECEMBER 2017.


Impian Percutian Bersama Keluarga Tersayang 2017


Iya, SingaPura merupakan pilihan percutian kami sekeluarga. Mungkin ramai rasa apa la best Singapura ni? Seberang JB ja, jalan kaki pun blh sampai😂

Sebenarnya banyak faktor dan sebab kenapa saya pilih Singapura... hehehe..

Pertama, ini merupakan destinasi impian anak-anak saya. Asal nampak iklan Sentosa Island, Universal Studio Theme Park d Disney Channel, dorang akan lompat-lompat dan teriak-teriak dengan teruja " mama, i want go to Singapore!!! come on, we packing now!"


Sebenarnya Singapore ada banyak tempat menarik yg sangat sesuai utk anak-anak seperti Sentosa Island (dalam tu ada banyak tempat best mcm Underwater World, Dolphin Lagoon, Butterfly Park Insect Kingdom dan banyak lagi); Universal Studion Theme Park (macam-macam permaianan yang jadi igauan anak-anak saya), Night Safari (yang ni memang adventure dan kesukaan anak2 saya) dan macam2 lg tempat best..

Kedua, Budaya dan cuaca Singapore sama macam Malaysia. Makanan pun hampir sama. So senang mau bawa anak yang picky eater ni cari makanan di negara orang😄

Ketiga, Singapore merupakan "Oversea" pertama yg kami suami isteri sampai pada thn 2001. Banyak kenangan kami berdua di sini.. chewahhh. Mau mengimbau balik kenang-kenangan bercinta-cintun di food court Bugis Town, Chinese Garden, Orchard Road dan banyak tempat lagi sebab masa tu kami dua bekerja d Singaparu selepas tamat pengajian


Saya pilih December 2017 untuk mereliasakan impian ini sebab masa tu Jonathan anak sulung dah habis UPSR. So kira bagi dia reward dan kenangan manis sebelum dia masuk fasa "remaja"... (cepatnya anak saya besar😔). Lagi satu si Jason pun dah darjah satu so tidak "rugi" bawa msuk smua themepark di mana semua games dia boleh main.. hehehee

Tapi, untuk mencapai impian ni kena buat Tabung Percutian Keluarga dulu mulai hari ini.

Walaupun hanya travel ke Singapore ja, budget anggaran rm9K utk seisi keluarga 4 hari 3malam termasuk flight tiket KK-Spore, penginapan, makan minum, tiket-tiket masuk smua tempat menarik, shopping (anak2 pasti shopping kalahkan mak dia😄)

So mulai hari ni, saya kena gandakan usaha dalam bisnes Shaklee utk merealisasikan IMPIAN ANAK-ANAK saya kerana anak-anak merupakan Push factor utama saya terus berjuang dalam bisnes ini.

Kawan-kawan, doakan impian saya tercapai ya. Makaseh😘

Waittttt for me ya Merlion!


Terima Kasih kerana sudi membaca coretan ku ni.


Sylvia Yong | ID: 591956 | Call / SMS / Whatsapp 014-3559395

Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
FB Pages: J&J Vitamin Shoppe


Add saya sebagai Friend di FB Sylvia Yong