Happy
Weekend semua.
Hari ini
saya ingin berkongsi petua untuk rawatan Chicken Pox atau Demam Campak.
Walaupun
kita di zaman moden ini, tapi masih banyak petua-petua nenek moyang yang kita
amalkan untuk atasi masalah Chicken Pox ini. Secara peribadi, saya juga seorang
yang juga ikut petua yang diturun temurun oleh tua dan dimodify mengikut
kesesuaian keadaan sekarang.
Chicken Pox
merupakan satu jangkitan disebabkan system imun badan lemah. Dan setiap kita
akan “kena” jangkitan ini at least sekali seumur hidup. Ada yang kena chicken
pox ni semasa baby lagi dan ada yang kena masa usia warga emas.
Chicken Pox
atau Demam Campak ini boleh berjangkit dalam pelbagai cara iaitu :
- Melalui Udara - bersin atau batuk oleh penghidap Chicken Pox
- Sentuhan – apabila cecair chicken pox bervirus ini terkena pada kulit orang lain
Antara petua
untuk rawatan Chicken Pox atau Demam Campak ini ialah :
1. Minum
Air Kelapa
Air kelapa membantu mengurangkan panas dalam badan dan mengeluarkan
chicken pox dari badan dengan cepat. Biasa pada hari pertama, bintik-bintik chicken
pox keluar sedikit dan pada hari kedua akan keluar dengan banyak.
![]() |
Minum Air Kelapa Untuk Keluarkan Chicken Pox |
2. Lumur Badan Dengan Pes
Daun Semambu
Daun semambu ni boleh dibeli di kedai India yang dijual dalam bungkusan plastic
atau seikat. Tumbuk daun semambu dengan
kunyit menjadi pes dan tampal pada chicken pox di seluruh badan. Biarkan 30
minit pastu mandikan dengan air suam/ air sejuk sehingga bersih.
![]() |
Inilah Daun Semambu |
3. Sapuan
Losyen Calamine
Selepas mandi, keringkan badan dengan tuala yang bersih. Lepas tu, sapu
losyen Calamine ke seluruh badan yang terdapat Chicken Pox. Losyen Calamine ini
rasa sejuk-sejuk bila disapu dan akan rasa sedih pedih selepas terkena luka
chicken pox. Losyen Calamine ini membantu mengeringkan luka Chicken Pox dengan
cepat.’
4. Jaga
Pemakanan
Elak makan kicap kerana parut Chicken Pox akan menjadi hitam dan sukar
pudar. Selain tu, makan makanan yang
berkhasiat untuk tingkatkan system imun badan seperti buah-buahan yang kaya dengan Vit C.
5. Kerap
Mandi dan Tukar Pakaian Yang Bersih
Bila kena Chicken Pox ni, badan rasa panas dan tidak selesa.
Sebaik-baiknya mandi selalu at least 3 kali sehari dengan air bersih tanpa
sabun. Jangan lupa keringkan badan serta merta dan ulang sapu losyen calamine. Sentiasa
tukar pakaian yang bersih. Asingkan pakaian dan tuala dari orang lain ketika
membasuh.
6. Jangan
Kena Hujan
Menurut orang tua, kalau kena hujan nanti Chicken Pox berlekuk dan menjadikan
parut sukar hilang. Tapi hujan zaman sekarang sememangnya tidak sihat kerana
banyak pencemaran dan air hujan kurang bersih dan berasid.
Selain mencuba petua-petua di atas, mungkin kita boleh cuba petua versi
moden pula.
Ingin ketahui petua versi moden, jom ikut coretan saya seterusnya.
Klik sini untuk Rawatan Moden Chicken Pox
Klik sini untuk Rawatan Moden Chicken Pox
Note : Jika jangkitan Chicken Pox makin teruk, dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Coretan by Sylvia
Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
Facebook : Sylvia Yong
6 comments:
Jangan makan kicap nnti parut sukar hilg hihi
Petua bermanfaat.. Tq
ciken pox memang skali sumur hidup ka?atau boleh berulang
kalau budak2 kesian juga tp at least parut senang hilang banding kena time suda tua2 kan
Bagus tips ni. 3 org anak sudah kena chiken pox, lagi 1 org belum. Risau jg ni. Tp bole refer sini kalau kena 😁
persediaan utk anak sy ni.. jauh jauh la ciken pox..
Post a Comment