6 Petua Untuk Rawatan Chicken Pox / Demam Campak

Happy Weekend semua.

Hari ini saya ingin berkongsi petua untuk rawatan Chicken Pox atau Demam Campak.
Walaupun kita di zaman moden ini, tapi masih banyak petua-petua nenek moyang yang kita amalkan untuk atasi masalah Chicken Pox ini. Secara peribadi, saya juga seorang yang juga ikut petua yang diturun temurun oleh tua dan dimodify mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

Chicken Pox merupakan satu jangkitan disebabkan system imun badan lemah. Dan setiap kita akan “kena” jangkitan ini at least sekali seumur hidup. Ada yang kena chicken pox ni semasa baby lagi dan ada yang kena masa usia warga emas.

Chicken Pox atau Demam Campak ini boleh berjangkit dalam pelbagai cara iaitu :
  •  Melalui Udara - bersin atau batuk oleh penghidap Chicken Pox
  • Sentuhan – apabila cecair chicken pox bervirus ini terkena pada kulit orang lain

 
6 Petua Untuk Rawatan Chicken Pox/Demam Campak

Antara petua untuk rawatan Chicken Pox atau Demam Campak ini ialah :

1 Minum Air Kelapa

Air kelapa membantu mengurangkan panas dalam badan dan mengeluarkan chicken pox dari badan dengan cepat. Biasa pada hari pertama, bintik-bintik chicken pox keluar sedikit dan pada hari kedua akan keluar dengan banyak.

Minum Air Kelapa Untuk Keluarkan Chicken Pox




2. Lumur Badan Dengan Pes Daun Semambu

Daun semambu ni boleh dibeli di kedai India yang dijual dalam bungkusan plastic atau seikat. Tumbuk daun semambu dengan kunyit menjadi pes dan tampal pada chicken pox di seluruh badan. Biarkan 30 minit pastu mandikan dengan air suam/ air sejuk sehingga bersih.

Inilah Daun Semambu

3. Sapuan Losyen Calamine

Selepas mandi, keringkan badan dengan tuala yang bersih. Lepas tu, sapu losyen Calamine ke seluruh badan yang terdapat Chicken Pox. Losyen Calamine ini rasa sejuk-sejuk bila disapu dan akan rasa sedih pedih selepas terkena luka chicken pox. Losyen Calamine ini membantu mengeringkan luka Chicken Pox dengan cepat.’


4. Jaga Pemakanan

Elak makan kicap kerana parut Chicken Pox akan menjadi hitam dan sukar pudar.  Selain tu, makan makanan yang berkhasiat untuk tingkatkan system imun badan seperti  buah-buahan yang kaya dengan Vit C. 


5. Kerap Mandi dan Tukar Pakaian Yang Bersih

Bila kena Chicken Pox ni, badan rasa panas dan tidak selesa. Sebaik-baiknya mandi selalu at least 3 kali sehari dengan air bersih tanpa sabun. Jangan lupa keringkan badan serta merta dan ulang sapu losyen calamine. Sentiasa tukar pakaian yang bersih. Asingkan pakaian dan tuala dari orang lain ketika membasuh.


6. Jangan Kena Hujan

Menurut orang tua, kalau kena hujan nanti Chicken Pox berlekuk dan menjadikan parut sukar hilang. Tapi hujan zaman sekarang sememangnya tidak sihat kerana banyak pencemaran dan air hujan kurang bersih dan berasid.


Selain mencuba petua-petua di atas, mungkin kita boleh cuba petua versi moden pula.
Ingin ketahui petua versi moden, jom ikut coretan saya seterusnya.

Klik sini untuk Rawatan Moden Chicken Pox


Note : Jika jangkitan Chicken Pox makin teruk, dapatkan rawatan doktor dengan segera.


Coretan by Sylvia

Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
Facebook : Sylvia Yong


6 comments:

Unknown said...

Jangan makan kicap nnti parut sukar hilg hihi

kuai said...

Petua bermanfaat.. Tq

lydia said...

ciken pox memang skali sumur hidup ka?atau boleh berulang

Kak Dai Shaklee Sabah said...

kalau budak2 kesian juga tp at least parut senang hilang banding kena time suda tua2 kan

Aya Chalo said...

Bagus tips ni. 3 org anak sudah kena chiken pox, lagi 1 org belum. Risau jg ni. Tp bole refer sini kalau kena 😁

Unknown said...

persediaan utk anak sy ni.. jauh jauh la ciken pox..