7 Tips Untuk Kekalkan Berat Badan Sihat Di Hari Raya

Tinggal beberapa hari lagi Hari Raya Aidilfitri bakal tiba kan...

Walaupun saya non-muslim tapi turut teruja menanti perayaan ini setiap tahun.
Terbayang-bayang dah juadah dan lauk pauk yang terhidang masa rumah terbuka hari raya sanak saudara dan sahabat handai. Overkan? Hahahaa

Tapi macam mana mau kekalkan berat badan yang sihat sepanjang hari raya ni memandangkan jemputan rumah terbuka sana sini?
Jom Kekalkan Berat Badan Sihat Di Hari Raya

Hah, saya mau kongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan supaya berat badan kekal dan sihat walaupun banyak rumah terbuka kita bakal kunjungi.

Antara tips yang berkesan dan tidak membebakan ialah :

1. Wajib bersarapan sebelum berkunjung rumah terbuka.
Yang ni biasa ramai akan terskip bila sibuk berurusan di dapur dan urus anak-anak.. hehehe
Sarapan penting agar perut dialas dengan makanan untuk elak gastrik dan kekal bertenaga awal pagi.

2. Bila berkunjung ke rumah terbuka, banyak minuman manis terhidang kan dan cuba kurangkan pengambilan minuman bergas dan air manis; minum banyak air kosong. Kalau teringin sangat minum air manis, ambil setengah atau satu cawan mencukupi.

3. Kalau rumah terbuka raya memang tidak sah hidangan juadah kuih muih, kek dan lauk pauk yang pelbagai jenis dan sedap-sedap kan.. dan kebanyakkan makanan semua ni tinggi kalori, tinggi gula dan berlemak. Hehehe
Cuba elakkan memakan makanan berlemak,  berminyak dengan kuantiti yang banyak. 

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan buah-buahan sebagai ganti. mengamalkan makanan tambahan untuk mengelakkan berat berlebihan. 

5. Makan dengan tertib dan tidak gelojoh walaupun banyak makanan sedap-sedap terhidangšŸ˜„
Mengunyah makanan lama agar sistem pencernaan tidak terjejas dan boleh elak sembelit.

6. Kalau hadir rumah terbuka untuk makan tengah hari atau malam, banyakkan pengambilan serat yang tinggi seperti lauk sayur berbanding lauk daging dan ayam. Selain dapat mengawal pengambilan kalori yang tinggi dan juga boleh atasi heart burn @ pedih ulu hati yang teruk.

7. Jangan lupa ambil supplement untuk membakar dan membuang lemak dan kolestrol berlebihan dari pemakanan sepanjang raya seperti lecithin, Alfalfa Herblax dan Omegaguard sebelum pergi ke rumah terbuka ya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda semua. Sharing is Caring.

Coretan by Sylvia.
Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
Facebook : Sylvia Yong


7 comments:

Solehah Khidir said...

Kak Sylvia.. best sangat tips ni. Boleh amalkan masa musim raya nanti. Hehe

Asyrafiah Sabri said...

Asy dah prepare dah set kontrol kolestrol nak raya ni hehe

Fal said...

Info bermanfaat☺.tq

Norazian Ariffin said...

Tq2... kena amalkan ni

Nowa Mommy said...

Tips berguna ni lagi berapa hari raya kan

Suzira Vun Sang said...

Yesss sangat berguna... Taknaklah lepas raya berat naik mendadak kan...

Suhanah Muslin said...

Wah terima kasih tipsnya...brguna msa raya nti