Kenali Pengasas Shaklee dan Pencipta Multivitamin Pertama di Dunia

Shaklee diambil sempena nama pengasasnya iaitu Doktor Forrest C Shaklee.

Siapakah Doktor Forrest C Shaklee? Men saya ceta serba sedikit berkenaan beliau.


Patung Dr. Forrect C Shaklee diletak dalam office HQ Shaklee
di Pleasanton untuk dijadikan kenangan.

Dr Forrest C Shaklee dilahirkan pada bulan November tahun 1894 di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidap penyakit 'tuberculosis' (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerharitkan alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

Setelah sekian lama mengamalkan pemakanan yang penuh dengan nutrisi, kesihatan Dr Shaklee bertambah baik. Ada yang mengatakan ia merupakan satu keajaiban pada zaman tersebut. Walaupun peningkatan kesihatan Dr Shaklee agak perlahan namun ia semakin baik setiap hari. Disebabkan oleh itu, pada usia yang masih muda Dr Shaklee telah menerapkan dalam diri beliau bahawa kesihatan yang optimum semuanya bermula dengan sumber nutrisi yang lengkap, alam sekitar yang tidak tercemar dan senaman.

Apabila meningkat dewasa, Dr Shaklee memilih untuk belajar dalam 'Chiropratic' bersama dengan sahabatnya B.J Palmer. Selain itu, Dr Shaklee turut mempunyai ijazah dalam bidang nutriri, biokimia, falsafah dan juga ijazah dalam bidang kerohanian. Ada juga yang bertanya kepada Dr Shaklee mengapa memilih chiropatric dan tidak memilih kedoktoran. Dr Shaklee berkata,

"Saya tidak memperkecilkan kebolehan seorang doktor tetapi bidang doktor dan bidang saya adalah jauh berbeza. Doktor dilatih untuk menyembuhkan penyakit tetapi saya lebih berminat untuk membina kesihatan"

"Saya tidak memperkecilkan kebolehan seorang doktor tetapi
bidang doktor dan bidang saya adalah jauh berbeza.'' Kata Dr. Shaklee

Pada tahun 1915, Dr Shaklee membuka premis chiropratic beliau yang pertama di Rockwell City, Iowa. Dr Shaklee banyak menyentuh tentang diet pesakit-pesakit beliau. Pada ketika itu amalan pemakanan yang tidak adalah sesuai yang luar biasa pada zaman tersebut.

Pada tahun yang sama, Dr Shaklee telah mencipta vitamin pertama dunia yang dinamakan sebagai 'Vitalized Minerals'. 'Vitalized Minerals' ini dihasilkan melalui mengasingkan mineral dan sebatian semulajadi dari sayur-sayuran. Pada tahun yang sama juga, beliau disertai dan bekerjasama ddngan seorang ahli biokimia dari Poland iaitu Casimir Funk. Casimir Funk menamakan sebatian yang dihasilkan oleh Dr Shaklee sebagai vitamin dan di situlah bermulanya perkataan vitamin digunakan sehingga kini.

Vitamin pertama dunia yang dinamakan sebagai 'Vitalized Minerals'
dan kini dikenali sebagai Vitalea Iron Formula
Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda semua. Sharing is Caring.

Coretan by Sylvia.
Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
Facebook : Sylvia Yong

4 comments:

Solehah Khidir said...

Sangat terinspirasi dengan kisah dr Shaklee. Beliau sangat komited dengan apa yang diusahakannya

syazara.blogspot.com said...

Kagum dengan usaha dan kesungguhan beliau.

Brigett Rusx said...

Founder paling hebat 😍😍

Suhanah Muslin said...

Kagum dgn usaha & kesunguhannya..