Biasanya kalau ada free time terutama hujung minggu, kami sekeluarga suka jalan-jalan ke tempat-tempat rekreasi yang berdekatan dengan Kota Kinabalu. Biasanya jalan tanpa planning.. hehehe
Bulan lepas tanpa rancang, kami sekeluarga terjejakkkk ke Cowboy Town Tuaran.
Cowboy Town atau dikenali juga sebagai Sabandar Leisure Rides terletak di Daerah Tuaran; lebih kurang 30 minits perjalanan memandu kereta dari Bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini macam pekan cowboy Texax yang masa kecil-kecil tengok dalam TV.
Kami bertolak dari rumah (Penampang) jam 12.40pm dan tiba di Cowboy Town jam 1.30pm.
 |
CowBoy Town Here We Come!!! Mata tidak dapat buka besar sebab matahari terik. hehehe |
Semasa dalam perjalanan, anak-anak excited kunun mau rides horse / menunggang kuda. Sekalinya bila melihat kuda-kuda banyak bersusun dalam kandang, kecut pula si kawan mau tunggang.. hehehe
Kemasukkan Percuma dalam Cowboy Town ni. Hanya perlu bayar untuk menunggang kuda saja. Terdapat 2 sesi Horse Riding yang akan ditemani orang-orang profesional.
Sesi Cowboy Town Sabandar Leisure Rides
Horse riding adalah seperti berikut :
1) 7am to 11am
2) 2pm to 6pm
Harga RM15 / 2 Round
Untuk Booking boleh call Hotline ini : 019-861
1160
 |
Tempat Menunggang Kuda (Horse Riding) |
Dalam Cowboy Town ini terdapat 2 baris kandang kuda dan setiap kandang kuda ada namanya sendiri.. lawa-lawa nama kuda-kuda ni tau :)
 |
Setiap kandang ada seekor kuda dan setiap tu ada nama. |
 |
Lawa kan nama-nama kuda di sini :) |
Kita boleh lawat setiap kuda dalam kandang tu dan beri makan rumput dengan kuda-kuda yang ada. Ada jual rumput di tepi kandang kuda; seikat rumput rm2.
Anak-anak suka bagi makan rumput dengan kuda-kuda ni tapi ketakutan pula bila tengok mulut dan gigi kuda masa kuda kunyah rumput.. hahahaha
 |
Bagi kuda makan rumput yang berharga RM2 seikat.. hahaha |
 |
Control senyum walaupun dalam ketakutan tengok gigi kuda yang besar.. heheheh |
Dalam Cowboy Town ada kedai Cenderahati dan menjual makanan & minuman ringan. Sesuai la untuk beli sambil melepak. Di sini ada juga restoran tetapi masa kami pergi tu belum beroperasi lagi; masih renovate.
Selain kuda-kuda yang sado, ada beberapa kereta kuda diletak depan bangunan. Kereta kuda ini macam selalu kita tengok dalam TV cerita orang putih yang kaya raya zaman dulu-dulu; macam puteri & putera naik kereta kuda... Cantik!!
 |
Cantik ni kalau bergambar Wedding Photo di sini |
 |
Kereta Kuda Antik (nampak belakang tu - Pee & Poo? itu adalah tandas awam.. hehe) |
 |
Signboard Tandas Lelaki |
Coretan : Sylvia Yong
 |
Terdapat juga kereta-kereta antik di sini
Selain terdapat Cowboy Town di dalam Sabandar Leisure Rides ini, terdapat juga Taman Bakau yang dijaga dengan rapi dan cantik. Di dalam Taman Bakau ada Bamboo Restaurant yang serve makan tradisi Sabah dan juga menu biasa.
SignBoard yang terdapat di simpang masuk Sabandar Leisure Rides
Nanti kita sambung cerita pasal Taman Bakau ya.
|
No comments:
Post a Comment