6 Cara Membantu Anda Sebelum Kayap Menjadi Teruk

Hari ini, saya ingin kongsikan 6 cara membantu anda sebelum kayap menjadi teruk.

Kayap atau dalam perubatan dikenali sebagai Herpes Zoster. Penyakit kayap merupakan penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).

Virus Varicella Zoster (VZV) ini dikatakan mula mendiami di dalam badan seseorang pesakit apabila dia menghidap panyakit cacar air atau chiken pox. Selepas chiken pox sembuh, virus tersebut  akan berkumpul di pusat saraf. Apabila sistem imun menjadi lemah, ia akan menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf berlaku.

6 Cara Membantu Anda Sebelum Kayap Menjadi Teruk

Berikut adalah 6 cara yang boleh membantu anda sebelum kayap menjadi teruk.

1. Terapi Mandian

Mandi dan bersihkan badan setiap hari untuk mengurangkan risiko menyebarkan jangkitan.

Mandi air sejuk atau guna shower : 
Boleh membantu melegakan kulit. Kesejukan air boleh melegakan kesakitan dari kayap.

Mandi penyembuhan dengan mengunakan Oatmeal atau Tepung Jagung :
Tuangkan 1-2 cawan oatmeal atau tepung jagung ke dalam air mandi suam dan rendam selama 15 hingga 20 minit. Jangan gunakan air panas. Air panas boleh memburukkan laigi keadaan kayap kerana haba meningkatkan aliran darah. Keringkan badan sepenuhnya dan basuh tuala serta merta untuk mengelakkan jangkitan virus kepada orang lain.


2. Guna Tuala Basah

Selain mandi untuk melegakan kesakitan dan gatal yang disebabkan oleh ruam kayap, tekapan tuala lembab yang sejuk boleh memberikan ketenangan kepada kulit yang terjejas akibat kayap.. Rendam tuala dalam air sejuk, perah keluar air, dan menggunakan kain untuk tekap pada ruam kayap untuk melegakan kesakitan dan gatal. Ulangi proses ini sekerap mungkin sehingga rasa selesa.

Jangan guna air ais untuk ruam kayap kerana ia meningkatkan sensitiviti kulit dan memburukkan lagi kesakitan


3. Pes Baking Soda atau Tepung jagung

Buat pes menggunakan tepung jagung atau baking soda dan air secara semulajadi. Pes ini melegakan gatal-gatal disebabkan oleh ruam kayap.

Tuangkan dua bahagian tepung jagung atau baking soda ke dalam cawan dan tambah satu bahagian air, adunkan pes sehingga sebati. Sapukan pes tadi pada ruam kayap dan kemudian bilas selepas 10 hingga 15 minit. Mengulangi beberapa kali sehari mengikut keperluan.


4. Guna losyen pelembap atau  krim sapuan kayap

Menggaru pada ruam kayap boleh menyebabkan parut pada kulit dan kayap semakin teruk. Jika ruam dan gatal tidak bertambah baik selepas amalkan langkah-langkah di atas, gunakan losyen atau krim untuk melegakan ruam dan gatal kayap.

Losyen dan krim tidak mempercepatkan proses penyembuhan tetapi membantu meningkatkan tahap keselesaan.

Elakkan guna losyen wangian kerana boleh menyebabkan keradangan pada kulit.
Selain itu, sapuan calamine losyen selepas mandi bantu melegakan dan mengeringkan kulit ruam kayap.

Sebarang penggunaan losyen atau krim sebaiknya mendapat nasihat dari doctor.


5. Diet Pemakanan Sihat

Kayap akan menjadi makin teruk bila sistem imun lemah.

Pemakanan sihat boleh membantu menguatkan sistem imun dan mencegah kayap daripada merebak ke bahagian-bahagian badan.

Diet pemakanan sihat yang mengandungi vitamin A, B-12, C, dan E, serta asid amino lysine membantu meningkatkan system imun badan.

Antara makanan yang meningkatkan system imun adalah seperti  buah-buahan kuning (oren), sayur-sayuran berdaun hijau,,daging merah, telur, daging ayam, ikan, tenusu, bijirin, kekacang, tomato dan bayam.

Makanan yang perlu dielak untuk masalah kayap termasuk makanan dan jus dengan jumlah gula yang tinggi, makanan arginine kaya (termasuk coklat, gelatin, dan kacang) dan makanan yang tinggi lemak tepu.

Makan terlalu banyak makanan ini boleh melemahkan sistem imun. Makanan yang tinggi arginine juga boleh mengalakkan pembiakan virus.


6. Pengambilan Supplement

Pengambulan supplement boleh membantu menguatkan system imun penghidap kayap untuk melawan virus. Bagaimanapun, perlu dapatkan khidmat nasihat dari doctor sebelum mengambilnya.

Salah satu supplement yang membantu menguatkan system imun ialah Set Kayap Shaklee.


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk atasi masalah kayap.



Coretan dari Sylvia Yong


6 comments:

kuai said...

Ikhtiar dengan supplement👍

Brigett Rusx said...

Bahayanya kayap sampai boleh menggangu saraf 😰

lydia said...

scary jg kayap ni kan

Unknown said...

huiii seram juga tu kayap..

Kak Dai Shaklee Sabah said...

sakit bah diorg bilang kayap ni nampak ja macam dari luar tp sampai saraf mmg sakit la

Unknown said...

Huhu..bahayanya kayap kan. Sengsara kena penyakit ni.