Cowboy Town Tuaran Tempat Rekreasi Seisi Keluarga Part 2 - (Taman Bakau)

hai.. hai.. hai...Saya kembali dengan menceritakan Taman Bakau yang terdapat dalam Cowboy Towm Tuaran.

Taman Bakau ini terletak dalam kawasan Cowboy Town @ Sabandar Leisure Rides (bahagian belakang).

Taman ini sangat bersih dan terjaga alam semulajadinya

Udara segar dan sunyi dari kebisingan kota sangat sesuai untuk kita release tension setelah penat bekerja seminggu. Bila lepak di sini minum-minum kopi, dapat juga menghiburkan anak-anak sambil mencari idea untuk bisnes.. hehehehe

Masa kami pergi hari tu, ramai bos-bos bisnes korporat makan di restoran ni. Mungkin lokasinya yang tenang senang berbincang bisnes kan 

Dalam Taman Bakau ni ada Bamboo Restaurant yang menghidangkan makanan tradisional sabah mcm hinava, tuhau, kuih muih tradisional dan byk lagi.. Jangan risau, restoran ini restoran halal.

Yang best restoran ni, semua meja, bangku, dinding tandas, lantai restoran & macam-macam diperbuah daripada bambu. Sangat kreative dan menarik.

Ada juga port baru di KK untuk seisi keluarga lepak

Free Entrance. Tiada sebarang bayaran dikenakan
Cuba makan minum tu kena la bayar
Terdapat jambatan kayu / papan sepanjang Taman Bakau ni
Pokok Bakau masih dijaga rapi tanpa merosakkannya untuk membina jambatan

Unik pula bila pokok bakau atas jambatan

Dalam Taman Bakau, ada gerai-gerai menjual kraftangan dan juga makanan ringan & minuman

Ada gerai menyediakan mewarna kain batik yang pelbagai corak.
Satu corak frame tu RM10 dan boleh bawa balik lepas siap diwarna.

semua gerai dan restoran sini diperbuat dari bambu. 

Hutan Paya Bakau yang masih ada biawak dan habitat lain di dalamnya..
yang penting tiada buaya.. hehehe

Bubu ikan dijadikan perhiasan lampu. Sangat kreatif dan lawa.

Sabandar Bamboo Restaurant


Yang ni berani pula tunggang... kuda hidup tidak berani.. hahaha

Antara patung yang terdapat di luar kawasan Bamboo Restaurant

Sekian perkongsian saya malam ni. Semoga sedikit info ini dapat memberi maklumat kepada anda tentang Sabandar Leisure Rides; salah satu tempat rekreasi seisi keluarga.

Untuk anda yang belum baca Part 1, boleh baca ini Cowboy Town Tuaran Tempat Rekreasi Seisi Keluarga


Coretan dari Sylvia Yong


5 comments:

Aya Chalo said...

Menarikkkk. Dekat ja kan tapi kami belum sampai. Hahaha...

Fal said...

Mcm best ni😀.lainkali mai bawa family jln2 pg sini la.thanks for the info ya😉

fardinawati Yusof said...

Baru tau pla tempat ni

Girllyen Marcie said...

Eh..ada pula taman bakau di dalam tu..nantilah mau p tingu2..

Nyin Ying said...

Syokkk oo . Mau p laa nti