Taman Bakau ini terletak dalam kawasan Cowboy Town @ Sabandar Leisure Rides (bahagian belakang).
Taman ini sangat bersih dan terjaga alam semulajadinya
Udara segar dan sunyi dari kebisingan kota sangat sesuai untuk kita release tension setelah penat bekerja seminggu. Bila lepak di sini minum-minum kopi, dapat juga menghiburkan anak-anak sambil mencari idea untuk bisnes.. hehehehe
Masa kami pergi hari tu, ramai bos-bos bisnes korporat makan di restoran ni. Mungkin lokasinya yang tenang senang berbincang bisnes kan
Dalam Taman Bakau ni ada Bamboo Restaurant yang menghidangkan makanan tradisional sabah mcm hinava, tuhau, kuih muih tradisional dan byk lagi.. Jangan risau, restoran ini restoran halal.
Yang best restoran ni, semua meja, bangku, dinding tandas, lantai restoran & macam-macam diperbuah daripada bambu. Sangat kreative dan menarik.
Ada juga port baru di KK untuk seisi keluarga lepak
Free Entrance. Tiada sebarang bayaran dikenakan
Cuba makan minum tu kena la bayar
Terdapat jambatan kayu / papan sepanjang Taman Bakau ni |
Pokok Bakau masih dijaga rapi tanpa merosakkannya untuk membina jambatan |
Unik pula bila pokok bakau atas jambatan |
Dalam Taman Bakau, ada gerai-gerai menjual kraftangan dan juga makanan ringan & minuman |
Ada gerai menyediakan mewarna kain batik yang pelbagai corak. Satu corak frame tu RM10 dan boleh bawa balik lepas siap diwarna. |
semua gerai dan restoran sini diperbuat dari bambu. |
Hutan Paya Bakau yang masih ada biawak dan habitat lain di dalamnya.. yang penting tiada buaya.. hehehe |
Bubu ikan dijadikan perhiasan lampu. Sangat kreatif dan lawa. |
Sabandar Bamboo Restaurant |
Yang ni berani pula tunggang... kuda hidup tidak berani.. hahaha |
Antara patung yang terdapat di luar kawasan Bamboo Restaurant |
Sekian perkongsian saya malam ni. Semoga sedikit info ini dapat memberi maklumat kepada anda tentang Sabandar Leisure Rides; salah satu tempat rekreasi seisi keluarga.
Untuk anda yang belum baca Part 1, boleh baca ini Cowboy Town Tuaran Tempat Rekreasi Seisi Keluarga
Coretan dari Sylvia Yong
5 comments:
Menarikkkk. Dekat ja kan tapi kami belum sampai. Hahaha...
Mcm best ni😀.lainkali mai bawa family jln2 pg sini la.thanks for the info ya😉
Baru tau pla tempat ni
Eh..ada pula taman bakau di dalam tu..nantilah mau p tingu2..
Syokkk oo . Mau p laa nti
Post a Comment