Jangkitan Saluran Kencing @ UTI Disebabkan Kencing Tak Lawas dan Cara Mengatasinya

Jangkitan Saluran Kencing atau Urinary tract infections  (UTI) merupakan keradangan pada saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli).

Bakteria Escherichia coli (E.Coli) ini boleh menyebabkan:
  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.


Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Jangkitan Saluran Kencing @ UTI Disebabkan Kencing Tak Lawas dan cara mengatasinya
Jangkitan Saluran Kencing @ UTI Disebabkan Kencing Tak Lawas

Tanda dan Gejala Jangkitan Saluran Kencing
  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.
Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Doktor biasanya merawat jangkitan saluran kencing dengan antibiotik. Tetapi anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan kemungkinan mendapatkan UTI

Terdapat banyak petua merawat masalah ini. 
Antaranya;
1. Minum air putih secukupnya
2. Amalkan memakan yogurt (yogurt mengandungi prebiotik)
3. Jangan sesekali menahan kencing
4. Amalkan supplemen seperti Alfalfa Complex dan Garlic Complex
Jangkitan Saluran Kencing @ UTI Disebabkan Kencing Tak Lawas dan cara mengatasinya
Alfalfa dan Garlic Bantu Lawas Kencing daripada Jangkitan Saluran Kencing

Throw back masa 1st time saya kena Jangkitan Saluran Kencing @ UTI pada tahun 2002. Masa tu kerja di Singapore dan naik motor ulang alik Taman Bukit Indah, Johor guna 2nd Link.

Disebabkan perjalanan agak jauh dan selalu jammed, so saya mimang elak minum air banyak sebab takut asyik pergi tandas. Lagi-lagi bila hujan dan jammed, memang Tahan Kencing lah gayanya.
So silap haribulan, saya kena Jangkitan Saluran Kencing @ UTI.

Doktor cakap once kena Jangkitan Saluran Kenci, kemungkinan besar jangkitan tu akan berulang. Dan tepat sekali, hampir setiap 1-2 tahun saya akan kena balik bila masalah suka tahan kencing dan kurang minum air.

Siapa yang pernah kena Jangkitan Saluran Kenci ni tau la betapa sengsaranya.. huhuhu..

Bila kencing rasa ngilu betul dan hanya titis-titis saja. Kencing boleh sampai berdarah sebab infection teruk. so, hanya mampu jumpa doktor dan doktor bagi antibiotik yg kuat dan painkiller. Ambil masa 2-3 hari untuk pulih sepenuhnya.

pada tahun 2014 saya kena lagi sekali. Masa kena tu waktu malam masa nak tidur. Tidak dapat pergi ke klinik malam-malam buta sebab malas nak angkut anak-anak kecil yang sedang tidur. So saya try ambil alfalfa 10biji dan garlic 4 biji serta habiskan air 2 liter dalam masa sejam.. Memang seksa sampai nak muntah.
Lepas 2 jam telan Alfalfa Complex dan Garlic Complex, kencing dah mula lawas. Tidak lagi rasa sakit dan pedih..

Alfalfa  yang dikenali sebagai Pelawas Kencing dan Garlic sebagai Antibiotik yang powerful.

============================================================
Jika anda mengalami masalah seperti di atas dah cuba macam-macam rawatan, anda boleh cuba ikhtiar dengan Alfalfa dan Garlic Complex.

Untuk Order, Sila klik kotak biru untuk Online Order. 

Jika ada sebarang soalan, boleh hubungi saya bila-bila masa.

    KLIK SINI UNTUK ORDER :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=7a26065938da4b8ac5e7717da7e25efa


Sylvia Yong | ID: 591956 
Contact no : 014-3559395

Email: sylvia.shaklee@yahoo.com

Facebook : Sylvia Yong

11 comments:

Fatin Hamzah said...

Bagus alfalfa dan garlic ni. Tp ms hamil sy amalkan garlic je mmg berkesan.

Shafizah Man said...

Dua supplemen ni juga bantu masalah keputihan saya.

Unknown said...

Best amalkan vitamin ni.

Unknown said...

Best amalkan vitamin ni.

Unknown said...

Bahaya ni UTI. Cegah segera!

Heera Saheira said...

Nice info.😊

momstercantik said...

Saya masa pregnant kena UTI ni ambil vit c memang cepat ok Kalau x pregnant Alfalfa sgt best untuk kes UTI

Sue Anna said...

Sakitnya kalau kena ni, nasib ada suplemen shaklee membantu melawaskn kencing..

Unknown said...

Sia paham sda.tq nenda

ceritera mamawawa said...

Adui. Ikhtiar lah cpat

Unknown said...

sakit ni klu kena.. nasip baik skrg x penah da kena