Tips Penjagaan Kesihatan Yang Simple Tetapi Berkesan

Sebenarnya sebelum saya belum ikut kelas Detox, saya memang jenis ngappp ja apa yang di depan mata saya, walaupun sebenarnya saya tau cara penjagaan kesihatan saya adalah salah... hehehe

Tapi lepas join kelas detox, hati lebih kuat dan bernekad untuk menjaga kesihatan dengan amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. 



So hari ni saya kongsikan Tips penjagaan Kesihatan yang simple tetapi berkesan ikut style saya... chewah😄

Tapi serius, Tips ni telah membantu saya mengurangkan Visceral Fat saya dari bacaan 12 (high) ke 8(normal)☺.
Saya buat pemeriksaan dengan menggunakan Karada Scan Amron yang boleh memberi bacaan kandungan % lemak dalam badan, Visceral Fat, Muscle, kalori, BMI dan Body Age.

Apa tu Visceral Fat?
Visceral Fat ialah lemak yang menyelaputi organ2 dalaman kita terutama d jantung, usus, abdomen etc.. semakin tinggi bacaan Visceral Fat, semakin tebal lemak membaluti organ kita.

Ok, berbalik pada Tips jaga kesihatan.
Dulu, saya jenis suka makan makanan goreng-goreng... dari ayam, sayur dan kuih muih mostly semua menu bergoreng.

Untuk Elak habit ni yang tidak sihat ini, saya nekad dan mula :

1. Buat detox secara intensive selama 7 hari di mana tiada menu berminyak sepanjang 7 hari tu. Semuanya sayur-sayuran, buah-buahan dan isi dada ayam.
Saya amalkan Detox Shaklee di mana menu disediakan.
Best perasaan selepas tamat detox sebab craving berkurangan.

2. Pengambilan air sekurang-kurangnya 3 liters sehari tapi perlu minum habis sebelum jam 8 malam untuk elak berulang alik ke tandas tengah malam.

3. Kalau graving makan goreng-goreng macam kuih pisang, cekodok, ayam goreng, buat sendiri d rumah.. so penggunaan minyak yg sihat dan portion mo mkn pun boleh control.
Klu beli di kedai, selagi tdk abis selagi tu bantai sbb takut membazir😁

Cekodok Home-Made

4. Banyakkan makan buah-buahan berserat tinggi

5. Elakkan minum minuman bergas dan minuman berais.

6. Atasi stress sebab saya jenis kalu stress, nafsu makan menjadi-jadi dan boleh makan banyak.. hahaa

7. Kurangkan pengambilan makanan yang manis dan diproses seperti ice cream, cake, sosej, nugget, makanan dalam tin dan seangkatan dengannya.

8. Pengambilan supplement atau makanan tambahan.
Saya memilih untuk ambil Lecithin, OmegaGuard dan Alfalfa setiap hari untuk memecah dan membuang lemak terutama visceral fat.

9. Buat senaman ringan. Cth : kemas rumah, berkebun, jogging dan lain-lain.

Ok, setakat tu ja tips saya untuk hari ni.
Kalu ada mo tanya pasal Detox, boleh roger-roger saya ya.

Disclaimer : cucur sayur ikan bilis ni saya mkn 2 ketul ja... yg lain tu bukan "hak milik saya"😂

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda semua. Sharing is Caring.

Coretan by Sylvia.
Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
Facebook : Sylvia Yong


4 comments:

Girllyen said...

Part kemas rumah tu yg paling bagus..bukan setakat mcm senaman tapi rumah pun jadi bersih.. 😅

lydia said...

uiyooo.mesti mau tahan hati tu kan

momstercantik said...

Memang simple tapi selalu orang abaikan. Tq sylvia for sharing

Kak Dai Shaklee Sabah said...

kerja2 rumah pun bagus bah utk kekal aktif dan sihat kann.