" Saya Tidak Perlu Mengamalkan Pengambilan Makanan
Ramai di antara kita pasti
tertanya-tanya, dan soalan yang lazim bermain di minda adakah perlu atau tidak
saya mengambil vitamin tambahan untuk menampung keperluan fungsi-fungsi badan
yang optimum?
- Tak perlu sebab saya selalu bersenam
- Tak penting sebab saya selalu makan sayur dan buah
- Tak semestinya kerana saya makan makanan yang seimbang.
Sebelum kita katakan “tidak perlu” pada makanan tambahan. Kita
perlu tahu, jika kita makan untuk hidup dan melakukan aktiviti harian, pernah
tak terpikir, sel-sel badan perlu apa untuk menjalankan fungsi-fungsinya dengan
sihat, sel-sel badan juga perlu makanan, iaitu vitamin serta mineral yang
terdapat di dalam makanan seharian kita sebenarnya, tanpa zat yang mencukupi,
sel-sel badan tidak mampu membaikpulih kerosakkan pada tahap yang memuaskan.
Adakah dengan menggunakan
penglihatan mata kita pada sayur-sayuran serta buah-buahan yang kelihatan segar
pada luaran, kita dapat mengetahui jumlah zat-zat yang terdapat di dalamnya?
Perlukah Kita Ambil Makanan Tambahan / Vitamin? |
6 Sebab Mengapa kita perlu mengambil makanan tambahan atau Vitamin adalah:-
1. Kekurangan Vitamin Serta Mineral Di Dalam Tanah Itu Sendiri
Kita sering
melihat para petani menanam segala sayur serta buah-buah kesukaan kita. Tapi
tahukah kita, teknik yang digunakan menyebabkan kita sedang menghadam makanan
yang kekurangan vitamin serta mineral. Tanah yang sering digunakan untuk tujuan
tanaman komersial suatu hari akan menjadi haus serta lusuh dari jumlah vitamin
serta mineral sedia asal. Ini adalah kerana teknik yang digunakan hanyalah
untuk menampung permintaan yang tinggi. Baja-baja yang digunakan adalah untuk
mempercepatkan tumbesaran agar ianya dapat dipasarkan dengan secepat mungkin
untuk menggaut keuntungan.
Penyerapan
vitamin serta mineral oleh tumbuhan adalah pada kadar yang perlahan, proses ini
telah diganggu dengan penggunaan baja yang hanya mempercepatkan penyerapan
zat-zat dari tanah dan ianya menjejaskan penyerapan zat-zat vitamin serta
mineral ke dalam sel-sel tumbuhan itu sendiri. Akibat daripada ini, kita sedang
menghadam sayur-sayuran serta buah-buahan yang berkeadaan “kekurangan zat” dan hasilnya badan kita sedang menerima
“kekurangan vitamin” ke dalam badan. Untuk memastikan kita tidak berada dalam
“kekurangan vitamin” pengambilan “multivitamin” adalah cara selamat serta tepat
(kuantiti dinyatakan di dalam botol maka kita boleh mengetahui jumlah zat yang
diambil setiap hari)
2. Masa Pengedalian Buah-buahan Serta Sayuran
Bagi mereka
yang memasak untuk keluarga kesayangan, perkara pertama yang sering dicari
adalah dimana hendak membeli bahan-bahan mentah yang segar kerana kita
menginginkan keluarga kita mendapatkan zat-zat yang penting untuk kekal sihat.
Oleh kerana kita tidak menanamnya sendiri, maka kita hanya membeli sahaja di
pasaraya serta pasar basah yang terdekat tanpa mengetahui berapa lama ia telah
dipamerkan di atas rak-rak penjual.
Pernah kita terpikir tak? Sayur-sayur serta
buah-buahan kegemaran kita kebanyakkanya diimpot dari Negara luar dan ianya
mungkin telah dipetik berminggu-minggu sebelum ianya sampai di pasaraya serta pasar
basah di mana kita membeli, biarpun ianya datang dari ladang tempatan, zat-zat
darinya telah mula hilang di saat penuaiannya.
Seperti yang dibincang di atas
tadi, buah-buahan serta sayur-sayuran tersebut yang mungkin “kekurangan
vitamin” akibat daripada cara penanaman, proses pengedaran tersebut dari ladang
ke destinasinya juga akan mengakibatkan kehilangan vitamin secara perlahan
walaupun luaranya kelihatan sungguh menawan.
Buah-buahan dan Sayuran yang diimport mengambil masa yang lama berada di pasaran. Keadaan ini akan menyebabkan nutrisi dalam buah dan sayur tersebut makin berkurangan |
3. Cara Masakan Kita Seharian
Kita makan
untuk hidup, hidup dalam keadaan sihat atau tidak bergantung dengan aktiviti
harian kita. Dari ladang dengan masa pengedarannya telahpun mengalami
“kekurangan vitamin”, cara kita memasak akan menjejaskan lagi kandunganya.
Vitamin serta mineral yang ada di dalam pemakanan seharian kita sebenarnya
sensitif kepada suhu. Goreng-goreng makanan kita enak dimakan tapi ianya
merosakkan segala kandungan vitamin serta mineral yang ada. Salah satu contoh
tabiat kita adalah pada mengoreng ikan. Kita tahu ikan mengandungi omega-3 yang
baik untuk pengawalan kolestrol, tetapi ianya sebenarnya amat sensitif kepada
suhu. Akibat daripada cara mengoreng kita yang selalunya hingga “crispy” hasil
gorengan ikan tadi mengalami kekurangan zat omega-3 yang baik untuk ant-iinflamasi
dan diperkayakan dengan omega-6 (terdapat daripada minyak masak) yang
menyebabkan inflamasi pada badan kita.
Bagi mereka yang mengemarkan gorengan
pada makanan mereka, adalah disyorkan mengambil vitamin tambahan Omega-3 untuk
mengimbangkan Omega-6 yang banyak terdapat pada tabiat pemakanan tadi. Untuk
mengekalkan kandungan vitamin dan mineralnya, cara paling baik adalah
memakannya dengan keadaan asalnya iaitu mentah, namun tidak semua dapat
memakannya dengan mentah. Oleh itu, pengambilan tablets vitamin adalah cara
termudah dan senang untuk diambil.
Makanan yang digoreng dengan minyak yang panas memudahkan nutrisi makanan tersebut hilang, |
4. Tidak Mengambil Makanan Secara Tetap
Ramai di
antara kita mengabaikan pemakanan yang sihat. Salah satunya adalah tidak
mengambil sarapan pagi sebelum memulakan kerja . Perkara ini terjadi atas sebab
sering tidur lewat akibatnya bangun lewat dan tidak berkesempatan untuk sarapan.
Golongan sebegini sering menyelesaian masalah perut kosong ini dengan memakan
dengan banyak pada waktu tengahari.
Tahukah anda?
Cecair penghadam perut tetap menghadam di dalam perut walaupun ketiadaan
makanan. Dan akibatnya cecair ini akan
lama-kelamaan akan menghakis lapisan perut kita dan mengakibatkan penyakit
“gastrik” jika kita sering mengabaikan
sarapan. Mulakan mengamalkan sarapan setiap hari, di sini saya boleh
mengesyorkan pengambilan “esp soy” yang sangat mudah disediakan, dan boleh
dicampur dengan buah-buahan kegemaran anda untuk kesesuaian citarasa dan merasa
kenyang hinggalah tiba pada waktu makan seterusnya.
5. Keadaan Usia Kita
Hari demi
hari, badan kita dimamah usia. Dengan itu, kadar penyerapan vitamin serta
mineral yang sangat diperlukan akan semakin berkurangan. Kita berpendapat,
orang yang telah berusia pasti akan mengalami masalah kesihatan orang berusia
iaitu dipanggil “ malgeneration diseases”. Namun kita mungkin kurang perasan,
jika kita mengabaikan keadaan kekurangan vitamin ini berlaku, maka masalah
kesihatan orang yang berusia ini akan menjadi lebih teruk dari masa yang
sepatutnya.
Salah satu kebiasaan masalah yang kerap kita dengar adalah “osteo
perosis” pada orang berusia. Masalah ini terjadi bila tulang menjadi rapuh,
oleh itu kita dapat melihat sesetengah orang membongkok dan ada yang masi mampu
berdiri tegak pada usia yang sama. untuk memastikan pengambilan kalsium yang
mencukupi, “ostematrix” boleh diamalkan kerana setiap tablets yang diambil
tertera jumlah kandungan kalsiumnya.
6. Gaya Kehidupan Kita
Tidak
dinafikan kita hidup di dalam keadaan tekanan melalui komitmen kita terhadap
kerja hakiki, keluarga, sekolah dan lain-lain. Walaupun berdepan dengan keadaan
tekanan ini, sebenarnya, badan kita dicipta mampu menangani masalah sebegini
dengan rembesan hormon-hormon di dalam badan kita agar kita tidak mengalami
kerosakkan maksima.
Bila keadaan tekanan telah reda, badan kita akan menghantar
isyarat kepada organ-organ badan tertentu agar hormon yang dirembeskan akan
dikembalikan ke tempat asal mereka. Walaupun badan kita mampu menangani tekanan
tersebut, ia tidak mampu menangani tekanan yang lebih daripada kemampuannya dan
hasilnya akan menjejaskan tahap imunisasi badan kita terhadap serangan
penyakit. Oleh itu, pengambilan vitamin memainkan peranan untuk membekalkan
zat-zat yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan sel-sel badan tadi dan
mengantikan ia dengan yang baru.
Untuk mengurangkan tekanan pada waktu siang,
pengambilan vitamin “B-complex” untuk menurunkan kadar tekanan yang dihadapi
serta mengembalikan tenaga pada badan
kerana sifatnya “energy booster” kerana badan kita akan merasa lemah
setelah reda sesuatu tekanan. Untuk menangani tekanan pada waktu malam pula, pengambilan
“kalsium” dapat membantu memberikan rasa rileks pada badan dan mampu memberikan
keadaan tidur yang selesa pada pengamalnya. Tidur yang secukupnya serta lena
adalah baik, kerana badan kita membaikpulih segala kerosakkan sel-sel pada
waktu tidur.
Sehubungan dengan itu, badan dicipta untuk bergerak dan bukannya
hanya seperti patung. Tahukah kita, dalam pada kita bergerak, tulang-tulang
badan kita dapat melambatkan tulang daripada proses osteoporosis iaitu proses
tulang rapuh. Dan dalam kita sedang menghadam makanan serta bersenam, adakah
kita tahu hasil terakhir ialah pembentukan radikal bebas di dalam badan kita
sendiri yang menjadikanya tidak seimbang di dalam badan, lama-kelamaan radikal
bebas yang tidak seimbang di dalam badan akan mula merosakkan sel-sel badan
yang tidak mendapat zat-zat yang mencukupi untuk ia membaikipulih
kerosakkannya.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.
Coretan by Sylvia.
Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
Facebook : Sylvia Yong
11 comments:
makanan sekarang ni pun banyak racun yang di sembur2 dan GMO.
Makanan tak seimbang jadi top up la dgn suplemen
Macam juga kemarin buka Facebook, viral pula pasal jajan dalam goodie bag. Memang jajan ni kita tidak dapat elak bila anak kecil kita sudah terdedah dengan dunia luar. Tugas kita sebagai ibu bapa didik dan sediakan makanan tambahan sebagai perisai tubuh supaya seimbang. Lagipun bukan semua makanan sihat itu "sihat"
Jadi keperluan dah suplemen zaman sekarang
Sangat2 setuju dengan statement d atas
Pentingnya vitamin untuk lengkapkn nutrisi harian
Memang perlu vitamin ni dalam diri kita sbb faktor lifestyle dan cara pemakanan kita juga
Jangan macam saya yang dulu saya fikir semua ni saya tak perlu. Tak perlu makan supplemen, sebab tak sakit.
Nutrien yg ada dalam makanan harian kita tidak mencukupi. Kena ambil makanan tambahan juga
Sangat perlukan makanan tambahan sebab kadang-kadang hidangan juadah harian tidak lengkap, kurang sayur la, xada buah la..dan cara penyediaan makanan pun kdg2 terlebih masak..2 sebab sya perlukan vitaminn utk mengisi lompong2 nutrisi dlam badan
skrg ni bukan macam dulu lagi.. kalau tidak ambil suplemen.. memang jauh beza dengan yg ambil suplemen.. tubuh badan.. kulit.. rambut dan kuku pun ada beza dia.. apa lagi dalaman.. mesti dijaga..
Post a Comment