6 Sebab Kenapa Kita Perlu Mengambil Makanan Tambahan / Vitamin

" Saya Tidak Perlu Mengamalkan Pengambilan Makanan

Ramai di antara kita pasti tertanya-tanya, dan soalan yang lazim bermain di minda adakah perlu atau tidak saya mengambil vitamin tambahan untuk menampung keperluan fungsi-fungsi badan yang optimum?
  • Tak perlu sebab saya selalu bersenam
  • Tak penting sebab saya selalu makan sayur dan buah
  •  Tak semestinya kerana saya makan makanan yang seimbang.

Sebelum kita katakan “tidak perlu” pada makanan tambahan. Kita perlu tahu, jika kita makan untuk hidup dan melakukan aktiviti harian, pernah tak terpikir, sel-sel badan perlu apa untuk menjalankan fungsi-fungsinya dengan sihat, sel-sel badan juga perlu makanan, iaitu vitamin serta mineral yang terdapat di dalam makanan seharian kita sebenarnya, tanpa zat yang mencukupi, sel-sel badan tidak mampu membaikpulih kerosakkan pada tahap yang memuaskan.

Adakah dengan menggunakan penglihatan mata kita pada sayur-sayuran serta buah-buahan yang kelihatan segar pada luaran, kita dapat mengetahui jumlah zat-zat yang terdapat di dalamnya? 

6 Sebab Kenapa Kita Perlu Mengambil Makanan Tambahan / Vitamin
Perlukah Kita Ambil Makanan Tambahan / Vitamin?

6 Sebab Mengapa kita perlu mengambil  makanan tambahan atau Vitamin adalah:-


1. Kekurangan Vitamin Serta Mineral Di Dalam Tanah Itu Sendiri

Kita sering melihat para petani menanam segala sayur serta buah-buah kesukaan kita. Tapi tahukah kita, teknik yang digunakan menyebabkan kita sedang menghadam makanan yang kekurangan vitamin serta mineral. Tanah yang sering digunakan untuk tujuan tanaman komersial suatu hari akan menjadi haus serta lusuh dari jumlah vitamin serta mineral sedia asal. Ini adalah kerana teknik yang digunakan hanyalah untuk menampung permintaan yang tinggi. Baja-baja yang digunakan adalah untuk mempercepatkan tumbesaran agar ianya dapat dipasarkan dengan secepat mungkin untuk menggaut keuntungan.

Penyerapan vitamin serta mineral oleh tumbuhan adalah pada kadar yang perlahan, proses ini telah diganggu dengan penggunaan baja yang hanya mempercepatkan penyerapan zat-zat dari tanah dan ianya menjejaskan penyerapan zat-zat vitamin serta mineral ke dalam sel-sel tumbuhan itu sendiri. Akibat daripada ini, kita sedang menghadam sayur-sayuran serta buah-buahan yang berkeadaan “kekurangan zat”  dan hasilnya badan kita sedang menerima “kekurangan vitamin” ke dalam badan. Untuk memastikan kita tidak berada dalam “kekurangan vitamin” pengambilan “multivitamin” adalah cara selamat serta tepat (kuantiti dinyatakan di dalam botol maka kita boleh mengetahui jumlah zat yang diambil setiap hari)

 2. Masa Pengedalian Buah-buahan Serta Sayuran

Bagi mereka yang memasak untuk keluarga kesayangan, perkara pertama yang sering dicari adalah dimana hendak membeli bahan-bahan mentah yang segar kerana kita menginginkan keluarga kita mendapatkan zat-zat yang penting untuk kekal sihat. Oleh kerana kita tidak menanamnya sendiri, maka kita hanya membeli sahaja di pasaraya serta pasar basah yang terdekat tanpa mengetahui berapa lama ia telah dipamerkan di atas rak-rak penjual. 

Pernah kita terpikir tak? Sayur-sayur serta buah-buahan kegemaran kita kebanyakkanya diimpot dari Negara luar dan ianya mungkin telah dipetik berminggu-minggu sebelum ianya sampai di pasaraya serta pasar basah di mana kita membeli, biarpun ianya datang dari ladang tempatan, zat-zat darinya telah mula hilang di saat penuaiannya. 

Seperti yang dibincang di atas tadi, buah-buahan serta sayur-sayuran tersebut yang mungkin “kekurangan vitamin” akibat daripada cara penanaman, proses pengedaran tersebut dari ladang ke destinasinya juga akan mengakibatkan kehilangan vitamin secara perlahan walaupun luaranya kelihatan sungguh menawan.
6 Sebab Kenapa Kita Perlu Mengambil Makanan Tambahan / Vitamin
Buah-buahan dan Sayuran yang diimport mengambil masa yang lama berada di pasaran.
Keadaan ini akan menyebabkan nutrisi dalam buah dan sayur tersebut makin berkurangan

 3. Cara Masakan Kita Seharian

Kita makan untuk hidup, hidup dalam keadaan sihat atau tidak bergantung dengan aktiviti harian kita. Dari ladang dengan masa pengedarannya telahpun mengalami “kekurangan vitamin”, cara kita memasak akan menjejaskan lagi kandunganya. 

Vitamin serta mineral yang ada di dalam pemakanan seharian kita sebenarnya sensitif kepada suhu. Goreng-goreng makanan kita enak dimakan tapi ianya merosakkan segala kandungan vitamin serta mineral yang ada. Salah satu contoh tabiat kita adalah pada mengoreng ikan. Kita tahu ikan mengandungi omega-3 yang baik untuk pengawalan kolestrol, tetapi ianya sebenarnya amat sensitif kepada suhu. Akibat daripada cara mengoreng kita yang selalunya hingga “crispy” hasil gorengan ikan tadi mengalami kekurangan zat omega-3 yang baik untuk ant-iinflamasi dan diperkayakan dengan omega-6 (terdapat daripada minyak masak) yang menyebabkan inflamasi pada badan kita. 

Bagi mereka yang mengemarkan gorengan pada makanan mereka, adalah disyorkan mengambil vitamin tambahan Omega-3 untuk mengimbangkan Omega-6 yang banyak terdapat pada tabiat pemakanan tadi. Untuk mengekalkan kandungan vitamin dan mineralnya, cara paling baik adalah memakannya dengan keadaan asalnya iaitu mentah, namun tidak semua dapat memakannya dengan mentah. Oleh itu, pengambilan tablets vitamin adalah cara termudah dan senang untuk diambil.
6 Sebab Kenapa Kita Perlu Mengambil Makanan Tambahan / Vitamin
Makanan yang digoreng dengan minyak yang panas memudahkan nutrisi makanan tersebut hilang,

4. Tidak Mengambil Makanan Secara Tetap

Ramai di antara kita mengabaikan pemakanan yang sihat. Salah satunya adalah tidak mengambil sarapan pagi sebelum memulakan kerja . Perkara ini terjadi atas sebab sering tidur lewat akibatnya bangun lewat dan tidak berkesempatan untuk sarapan. Golongan sebegini sering menyelesaian masalah perut kosong ini dengan memakan dengan banyak pada waktu tengahari.

Tahukah anda? Cecair penghadam perut tetap menghadam di dalam perut walaupun ketiadaan makanan.  Dan akibatnya cecair ini akan lama-kelamaan akan menghakis lapisan perut kita dan mengakibatkan penyakit “gastrik”  jika kita sering mengabaikan sarapan. Mulakan mengamalkan sarapan setiap hari, di sini saya boleh mengesyorkan pengambilan “esp soy” yang sangat mudah disediakan, dan boleh dicampur dengan buah-buahan kegemaran anda untuk kesesuaian citarasa dan merasa kenyang hinggalah tiba pada waktu makan seterusnya.

5. Keadaan Usia Kita

Hari demi hari, badan kita dimamah usia. Dengan itu, kadar penyerapan vitamin serta mineral yang sangat diperlukan akan semakin berkurangan. Kita berpendapat, orang yang telah berusia pasti akan mengalami masalah kesihatan orang berusia iaitu dipanggil “ malgeneration diseases”. Namun kita mungkin kurang perasan, jika kita mengabaikan keadaan kekurangan vitamin ini berlaku, maka masalah kesihatan orang yang berusia ini akan menjadi lebih teruk dari masa yang sepatutnya. 

Salah satu kebiasaan masalah yang kerap kita dengar adalah “osteo perosis” pada orang berusia. Masalah ini terjadi bila tulang menjadi rapuh, oleh itu kita dapat melihat sesetengah orang membongkok dan ada yang masi mampu berdiri tegak pada usia yang sama. untuk memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, “ostematrix” boleh diamalkan kerana setiap tablets yang diambil tertera jumlah kandungan kalsiumnya.

6. Gaya Kehidupan Kita

Tidak dinafikan kita hidup di dalam keadaan tekanan melalui komitmen kita terhadap kerja hakiki, keluarga, sekolah dan lain-lain. Walaupun berdepan dengan keadaan tekanan ini, sebenarnya, badan kita dicipta mampu menangani masalah sebegini dengan rembesan hormon-hormon di dalam badan kita agar kita tidak mengalami kerosakkan maksima. 

Bila keadaan tekanan telah reda, badan kita akan menghantar isyarat kepada organ-organ badan tertentu agar hormon yang dirembeskan akan dikembalikan ke tempat asal mereka. Walaupun badan kita mampu menangani tekanan tersebut, ia tidak mampu menangani tekanan yang lebih daripada kemampuannya dan hasilnya akan menjejaskan tahap imunisasi badan kita terhadap serangan penyakit. Oleh itu, pengambilan vitamin memainkan peranan untuk membekalkan zat-zat yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan sel-sel badan tadi dan mengantikan ia dengan yang baru. 

Untuk mengurangkan tekanan pada waktu siang, pengambilan vitamin “B-complex” untuk menurunkan kadar tekanan yang dihadapi serta mengembalikan tenaga pada badan  kerana sifatnya “energy booster” kerana badan kita akan merasa lemah setelah reda sesuatu tekanan. Untuk menangani tekanan pada waktu malam pula, pengambilan “kalsium” dapat membantu memberikan rasa rileks pada badan dan mampu memberikan keadaan tidur yang selesa pada pengamalnya. Tidur yang secukupnya serta lena adalah baik, kerana badan kita membaikpulih segala kerosakkan sel-sel pada waktu tidur. 

Sehubungan dengan itu, badan dicipta untuk bergerak dan bukannya hanya seperti patung. Tahukah kita, dalam pada kita bergerak, tulang-tulang badan kita dapat melambatkan tulang daripada proses osteoporosis iaitu proses tulang rapuh. Dan dalam kita sedang menghadam makanan serta bersenam, adakah kita tahu hasil terakhir ialah pembentukan radikal bebas di dalam badan kita sendiri yang menjadikanya tidak seimbang di dalam badan, lama-kelamaan radikal bebas yang tidak seimbang di dalam badan akan mula merosakkan sel-sel badan yang tidak mendapat zat-zat yang mencukupi untuk ia membaikipulih kerosakkannya.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua.

Coretan by Sylvia.
Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
Facebook : Sylvia Yong



11 comments:

Unknown said...

makanan sekarang ni pun banyak racun yang di sembur2 dan GMO.

Fatin Hamzah said...

Makanan tak seimbang jadi top up la dgn suplemen

Unknown said...

Macam juga kemarin buka Facebook, viral pula pasal jajan dalam goodie bag. Memang jajan ni kita tidak dapat elak bila anak kecil kita sudah terdedah dengan dunia luar. Tugas kita sebagai ibu bapa didik dan sediakan makanan tambahan sebagai perisai tubuh supaya seimbang. Lagipun bukan semua makanan sihat itu "sihat"

momstercantik said...

Jadi keperluan dah suplemen zaman sekarang

ceritera mamawawa said...

Sangat2 setuju dengan statement d atas

Unknown said...

Pentingnya vitamin untuk lengkapkn nutrisi harian

Ummi Nabil said...

Memang perlu vitamin ni dalam diri kita sbb faktor lifestyle dan cara pemakanan kita juga

Shafizah Man said...

Jangan macam saya yang dulu saya fikir semua ni saya tak perlu. Tak perlu makan supplemen, sebab tak sakit.

Heera Saheira said...

Nutrien yg ada dalam makanan harian kita tidak mencukupi. Kena ambil makanan tambahan juga

Sue Anna said...

Sangat perlukan makanan tambahan sebab kadang-kadang hidangan juadah harian tidak lengkap, kurang sayur la, xada buah la..dan cara penyediaan makanan pun kdg2 terlebih masak..2 sebab sya perlukan vitaminn utk mengisi lompong2 nutrisi dlam badan

Unknown said...

skrg ni bukan macam dulu lagi.. kalau tidak ambil suplemen.. memang jauh beza dengan yg ambil suplemen.. tubuh badan.. kulit.. rambut dan kuku pun ada beza dia.. apa lagi dalaman.. mesti dijaga..