Hari ini, saya ingin kongsikan 6 cara membantu anda sebelum kayap menjadi teruk.
Kayap atau dalam perubatan dikenali sebagai Herpes Zoster. Penyakit kayap merupakan penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).
Virus Varicella Zoster (VZV) ini dikatakan mula mendiami di dalam badan seseorang pesakit apabila dia menghidap panyakit cacar air atau chiken pox. Selepas chiken pox sembuh, virus tersebut akan berkumpul di pusat saraf. Apabila sistem imun menjadi lemah, ia akan menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf berlaku.
![]() |
6 Cara Membantu Anda Sebelum Kayap Menjadi Teruk |
Berikut adalah 6 cara yang boleh membantu anda sebelum kayap menjadi teruk.
1. Terapi Mandian
Mandi dan
bersihkan badan setiap hari untuk mengurangkan risiko menyebarkan jangkitan.
Mandi air
sejuk atau guna shower :
Boleh
membantu melegakan kulit. Kesejukan air boleh melegakan kesakitan dari kayap.
Mandi
penyembuhan dengan mengunakan Oatmeal atau Tepung Jagung :
Tuangkan 1-2 cawan oatmeal atau tepung jagung
ke dalam air mandi suam dan rendam selama 15 hingga 20 minit. Jangan gunakan
air panas. Air panas boleh memburukkan laigi keadaan kayap kerana haba
meningkatkan aliran darah. Keringkan badan sepenuhnya dan basuh tuala serta
merta untuk mengelakkan jangkitan virus kepada orang lain.
2. Guna
Tuala Basah
Selain mandi
untuk melegakan kesakitan dan gatal yang disebabkan oleh ruam kayap, tekapan
tuala lembab yang sejuk boleh memberikan ketenangan kepada kulit yang terjejas
akibat kayap.. Rendam
tuala dalam air sejuk, perah keluar air, dan menggunakan kain untuk tekap pada
ruam kayap untuk melegakan kesakitan dan gatal. Ulangi proses ini sekerap
mungkin sehingga rasa selesa.
Jangan guna
air ais untuk ruam kayap kerana ia meningkatkan sensitiviti kulit dan
memburukkan lagi kesakitan
3. Pes Baking
Soda atau Tepung jagung
Buat pes
menggunakan tepung jagung atau baking soda dan air secara semulajadi. Pes ini melegakan
gatal-gatal disebabkan oleh ruam kayap.
Tuangkan dua
bahagian tepung jagung atau baking soda ke dalam cawan dan tambah satu bahagian
air, adunkan pes sehingga sebati. Sapukan pes tadi pada ruam kayap dan kemudian
bilas selepas 10 hingga 15 minit. Mengulangi beberapa kali sehari mengikut
keperluan.
4. Guna losyen
pelembap atau krim sapuan kayap
Menggaru pada
ruam kayap boleh menyebabkan parut pada kulit dan kayap semakin teruk. Jika ruam dan gatal tidak bertambah baik
selepas amalkan langkah-langkah di atas, gunakan losyen atau krim untuk
melegakan ruam dan gatal kayap.
Losyen dan
krim tidak mempercepatkan proses penyembuhan tetapi membantu meningkatkan tahap
keselesaan.
Elakkan guna
losyen wangian kerana boleh menyebabkan keradangan pada kulit.
Selain itu, sapuan
calamine losyen selepas mandi bantu melegakan dan mengeringkan kulit ruam kayap.
Sebarang
penggunaan losyen atau krim sebaiknya mendapat nasihat dari doctor.
5. Diet
Pemakanan Sihat
Kayap akan
menjadi makin teruk bila sistem imun lemah.
Pemakanan sihat
boleh membantu menguatkan sistem imun dan mencegah kayap daripada merebak ke
bahagian-bahagian badan.
Diet pemakanan
sihat yang mengandungi vitamin A, B-12, C, dan E, serta asid amino lysine
membantu meningkatkan system imun badan.
Antara makanan
yang meningkatkan system imun adalah seperti
buah-buahan kuning (oren), sayur-sayuran berdaun hijau,,daging merah, telur,
daging ayam, ikan, tenusu, bijirin, kekacang, tomato dan bayam.
Makanan yang
perlu dielak untuk masalah kayap termasuk makanan dan jus dengan jumlah gula
yang tinggi, makanan arginine kaya (termasuk coklat, gelatin, dan kacang) dan makanan
yang tinggi lemak tepu.
Makan
terlalu banyak makanan ini boleh melemahkan sistem imun. Makanan yang tinggi
arginine juga boleh mengalakkan pembiakan virus.
6.
Pengambilan Supplement
Pengambulan
supplement boleh membantu menguatkan system imun penghidap kayap untuk melawan
virus. Bagaimanapun, perlu dapatkan khidmat nasihat dari doctor sebelum
mengambilnya.
Salah satu
supplement yang membantu menguatkan system imun ialah Set Kayap Shaklee.
6 comments:
Ikhtiar dengan supplement👍
Bahayanya kayap sampai boleh menggangu saraf 😰
scary jg kayap ni kan
huiii seram juga tu kayap..
sakit bah diorg bilang kayap ni nampak ja macam dari luar tp sampai saraf mmg sakit la
Huhu..bahayanya kayap kan. Sengsara kena penyakit ni.
Post a Comment