Tips Menabung Dengan Berkesan

Dari kecil dari kita dididik untuk menabung kan... siap seorang satu tabung tidak kira tabung beli di kedai ataupun tabung buatan tin milo.. hehehe

Tapi masa budak-budak, kesabaran tu kurang dan balik-balik goncang tabung kalau-kalau tabung dah penuh dengan duit syiling. hahaha.. Kadang-kadang sempat lagi korek duit syiling untuk beli keropok dan gula-gula di kedai runcit.

Bila dah besar ni, saya mula menabung dengan "serious" tapi hanya ada dua tabung sahaja yang saya ada iaitu tabung duit syiling dan tabung duit kertas warna hijau😂
Jom Menabung Untuk Masa Depan :)

Tapi, since join #ireachtravel (satu group santai tapi penuh informasi under mentor saya), saya dapat Tips menanung dengan berkesan. Dalam group selalu tengok kawan-kawan share pasal 7 Jars System iaitu konsep menyimpan wang yang diubahsuai daripada 6 Jars Money Management System yang diasaskan oleh T. Harv Eker. 

So untuk tahun 2017 ni, saya nekad dan kuatkan semangat untuk buat 7 jars menabung ini.
6 jars mewakili 6 tabung iaitu:
💰 NEC (necessity) - tabung untuk keperluan harian, bayar bil, groceries, dan lain-lain
💰 EDU (education) - tabung untuk pembelajaran, buku, kelas, untuk personal growth
💰 LTSS (long-term saving for spending) - tabung untuk beli sesuatu yang mahal seperti rumah
💰 FFA (financial freedom) - tabung untuk bersara
💰 PLAY - tabung untuk hobi, travel dan sebagainya
💰 GIVE (give) - tabung untuk menderma

Untuk jars ke-7, kita tambah SATU lagi jar iaitu:
💰 PARENTS - wang bulanan untuk ibu bapa
7 Jars Menabung untuk 2017

Bagaimana kita mahu memulakan 7 Jars ni?
Setiap bulan, duit bonus/gaji kita bahagikan ikut percentage.
NEC 50%
EDU 5%
LTSS 10%
FFA 5%
PLAY 10%
GIVE 10%
PARENT 10%


Contoh kalau duit gaji/bonus RM2,000:
√ RM1000 untuk NEC, keperluan harian
√ RM100 untuk EDU, beli buku, bayar yuran dan lain-lain tambang 
√ RM200 untuk LTSS kumpul duit untuk beli rumah atau kereta
√ RM100 untuk FFA, untuk pelaburan masa depan contoh beli emas
√ RM200 untuk PLAY, tabung untuk family vacation, travel dan hobi
√ RM200 untuk GIVE, sedekah dan menderma kepada memerlukannya
√ RM200 untuk Ibubapa


Percentage boleh diubah mengikut kesesuaian masing-masing tetapi setiap bulan mesti disiplin dan menyimpan ikut percentage yang dah ditetapkan.

Semoga tahun ni tercapai misi menabung 7 tabung ni. Chaiyok-chaiyok💪
Jom kita menabung dari sekarang. Belum terlambat untuk menabung.
Kesabaran itu Penting.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada anda semua. Sharing is Caring.

Coretan by Sylvia.
Email: sylvia.shaklee@yahoo.com
Facebook : Sylvia Yong

6 comments:

Unknown said...

Jom menabung!

Sue Anna said...

Terima kasih tipsnya..

Nurulain Somel said...

Thanks for the tips!

Nurulain Somel said...

Thanks for the tips!

momstercantik said...

Wah tq share tips 😍

Unknown said...

Berminat dengan tips ni